Teknik Gandakan Duit Melalui ASB

Teknik Ganda Duit Melalui ASB. Sebenarnya pelaburan melalui ASB adalah salah satu cara untuk melabur duit tanpa risiko yang tinggi. Ini menjadikan ianya sangat popular untuk para pelabur yang mahukan pulang yang konsisten setiap tahun.

Dengan hanya teknik pelaburan yang betul, duit anda akan senang digandakan mengikut jumlah yang anda laburkan. Anda boleh ikuti perkongsian daripada pakar-pakar kewangan loan pelaburan ASB untuk jana mesin duit untuk anda.

Saya ada terbaca satu perkongsian daripada facebook Amir Syahir, salah seorang pakar dalam pengurusan kewangan yang sentiasa berkongsi informasi berkenaan kewangan dan pelaburan.

Cara Dapatkan RM110K Dalam Masa 5 Tahun

Berikut adalah perkongsian Tuan Amir Syahir bagaimana nak dapatkan RM110k dalam masa 5 tahun :

1. Buat ASB Financing RM200K. Katakan bulanan RM1200 setahun RM14,400.
2. Lepas setahun, katakan dividen diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.
3. Buat pula ASB2 Financing RM200K yang bayaran sebulan RM1100 dan setahun RM13,200.
4. Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM1300 (RM14,500-RM13,200) untuk belanja atau disimpan.
5. ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan dan ASB2 dibayar menggunakan dividen ASB1.
6. Selepas setahun. ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7%. Dan jumlah dividen bakal diperolehi RM14,000.
7. Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah, kita bayar ASB2 tiap bulan dan ansuran ASB1 bayar menggunakan dividen ASB2.
8. Layan langkah 7 sampai 5 tahun.
9. Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.
 
Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi komitmen kita masih sama.
 
Lepas 5 tahun kita terminate kita dapat:
 
ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal (60 bulan) : RM22,270
 
ASB2
Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320
 
Jumlah: RM110,690
 
Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).
 
Dapat RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda HR-V tunai!! Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.
 
Amacam faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K lah, ada RM20K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.
 
Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke, 5 tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.
 
Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.
 
Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang jeeeee. Kah!
 
***
Disclaimer :
1. Untuk yang mampu bayar ansuran pinjaman setiap bulan.
2. Untuk ASB Financing RM200K. Maksimum pinjaman. Kadar faedah bank 5.2%. Dianggap 7% dividen tahunan ASB dan ASB2 serta tempoh pinjaman ASB: 25 tahun dan tempoh pinjaman ASB2: 30 tahun.
3. Perkiraan anggaran kasar sahaja.
4. Perkiraan mungkin berubah setiap individu disebabkan bayaran bulanan dan kadar faedah bank.
5. Ini perancangan aku je. Aku tak ajak korang ikut pun. Yang sibuk kata rugi pehal? Grrrr.
6. Tenang jangan bertelagah sesama sendiri. Kita hanya merancang.Tuhan yang menentukan.
Baca dan fahamkan langkah-langkah di atas seperti yang diceritakan oleh Tuan Amir Syahir.
Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian di atas.
Sumber : Amir Syahir

1,689 total views, 2 views today

Comments

comments

Leave a Reply