Semakan Daftar Mengundi Dan Lokasi Mengundi PRU14

Semakan Daftar Mengundi Online 2018.  Sudahkan anda menyemak Semakan Daftar Mengundi Dan Lokasi Mengundi PRU14 sebelum melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi pada PRU14 akan datang?

Pilihan Raya Umum 14 telah ditetapkan tarikh pada 9 Mei 2018 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan Daftar Mengundi Dan Lokasi Mengundi PRU14 boleh di lakukan secara online sahaja.

Sebelum menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi untuk memilih kerajaan baru selepas ini, cuba semak terlebih dahulu maklumat peribadi pemilih dan daftar pemilih yang sah.

Cara Buat Semakan Daftar Pemilih PRU14

Terdapat 2 cara mudah untuk menyemak daftar pemilih pru 14 iaitu secara online dan secara sms.

1-Secara Online

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Sila Layari Laman Rasmi SPR Semakan Pemilih SPR 
  • Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan Tanpa – & space.
  • Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diwartakan pada 10 April 2018

** Semakan daftar pemilih bersama-sama semakan lokasi mengundi boleh mula disemakn pada 16 April 2018 untuk membolehkan pemilih melihat dimana pusat mengundi, DUN dan juga Parlimen mana yang berada senarai nama anda.

2-Secara SMS

  • Taip SPR (jarak) NO. IC dan hantar ke 15888
    Contoh SPR 851103065555
    (Caj 20 sen)
  • Taip SPR (jarak) SEMAK (jarak) NO.IC dan hantar ke 15888

3-Secara Panggilan Ke Call Centre

Sila buat panggilan ke nombor berikut : TEL : 03-8892 7018

4-Secara Download Applikasi MySPR Semak

Sila download applikasi di android atau apps store apple untuk menggunakan aplikasi MySPR Semak. Ianya adalah percuma.

Persiapan Sebelum Pilihan Raya

Apa yang anda perlu tahu ialah mengikut perlembagaan persekutuan, pilihan raya umum diadakan untuk memilih 222 ahli dewan rakyat (dikenali sebagai ahli parlimen) dan 587 ahli dewan undangan negeri. Kita juga mengamalkan sistem politik sebagai parti dimana parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di parlimen (dewan rakyat) atau dewan undangan negeri boleh menubuhkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Syarat Layak Mengundi

  1. Rakyat Malaysia.
  2. Berdaftar sebagai pengundi dan nama terdapat dalam senarai daftar pemilih.
  3. Berumur 21 tahun keatas.

Namun anda akan hilang kelayakan jika,

  1. Tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.
  2. Telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati atau menjalani hukuman penjara melebihi 12 bulan serta belum selesai menjalani hukuman penjara.
  3. Telah didapati bersalah dibawah akta kesalahan pilihanraya 1954.
  4. Telah memperoleh kerakyatan asing.

Persiapan Pada Hari Pilihan Raya

Senarai semak pada hari pilihan raya.

  1. Bawa Mykad.
  2. Keluar awal untuk mengundi. Masa mengundi adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  3. Berpakaian sopan dan tidak memakai pakaian atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.
  4. Tunjukkan mykad untuk pengesahan identiti.
  5. Dapatkan slip nombor saluran mengundi.
  6. Beratur masuk ke tempat mengundi.
  7. Serahkan mykad dan slip semakan kepada kerani pengundi 1. Tunjukkan jari untuk diperiksa dan pastikan tiada kesan dakwat pada jari.
  8. Bergerak ke Kerani Pengundi 2, letak jari pada celupan dakwat pilihan raya dan tunggu nama dipanggil.
  9. Selepas jari dicelup, kerani pengundi akan membuat tanda pada nama anda dalam buku daftar pemilih.
  10. Kerani Pengundi 3 akan memberi dua kertas undi untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.
  11. Bergerak ke petak undi dan beri tanda X pada calon pilihan anda.
  12. Lipat kertas undi dan masukkan ke dalam peti undi parlimen / negeri.
  13. Selepas mengundi, segera keluar dari bilik tempat mengundi.

Mudah saja bukan? diharap dengan penerangan panjang lebar ini membantu anda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih (pemilih) untuk pilihanraya ke 14 di malaysia. Jom Keluar Mengundi.

 

502 total views, 2 views today

Comments

comments

Leave a Reply