Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Daripada Unifi & Streamyx

Berapa ramai pengguna Unifi dan Streamyx yang belum tahu cara nak semak kelayakan Free Speed Upgrade Unifi dan streamyx anda? mesti ramai yang belum tahu kan?

Saya ada buat satu artikel khas untuk mereka yang masih belum tahu cara nak upgrade Free Speed internet untuk yang menggunakan Unifi dan Streamyx.

Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Daripada Unifi & Streamyx

Caranya mudah sahaja. Semakan boleh di buat secara online untuk kedua-dua pelanggan perkhidmatan Unifi dan streamyx.

1-Masuk ke laman web unifi untuk semak kelayakan Free Speed Upgrade disini

2-Untuk pengguna streamyx, anda boleh buat semakan disini

3-Anda hanya perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan Services ID yang didaftarkan (boleh rujuk bil TM anda)

4-Tandakan pada ruangan Recaptcha “I’m not a robot” untuk memastikan anda adalah manusia

5-Kemudian, anda akan di bawa ke halaman untuk sahkan maklumat login ID, No Telefon Bimbit dan alamat emel anda. Paparan kelayakan anda akan terus di pamerkan selepas itu.

6-Jika Layak, anda akan menerima mesej Popup yang “Congratulations” dan memberitahu bila tarikh jangkaan untuk anda menerima Free Speed Upgrade ini.

* Kalau website Unifi.Com.My tak boleh masuk, maknanya trafik mungkin terlalu ramai buat masa sekarang.

Apa yang bagus daripada Free Speed Upgrade ini ialah harga pembayaran bill anda adalah tetap sama sambil kelajuan internet Unifi dan Streamyx anda di pertingkatkan.

Berikut adalah Kelajuan Yang Di Pertingkatkan

  • Streamyx –> Unifi atau 2 kali ganda kelajuan.
  • 20Mbps dan kebawah –> sehingga 100Mbps
  • 30Mbps –> sehingga 300Mbps
  • 50Mbps –> sehingga 500Mbps
  • 100Mbps –> sehingga 800Mbps

Best ni kalau dapat internet laju macam ni yahoooooo. Tahniah kepada yang berjaya dapat Free Speed Ugrade Daripada TM.

601 total views, 4 views today

Comments

comments

Leave a Reply