Rahsia Bulan Kelahiran Dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Rahsia bulan kelahiran menurut kajian Dato’ Dr Fadzillah Kamsah. Data-data yang diperoleh adalah hasil kajian oleh Dato Dr sendiri melalui pengalaman beliau selama 25 tahun. Hasil kajian ini tidak dapat dipasti sama ada ianya 100% benar atau tidak kerana saya sendiri tidak jelas melalui apa hasil dapatan yang diperoleh untuk menentukan personaliti seseorang melalui bulan kelahirannya.

Apa-apa pun jom kita baca dan selidiki sama ianya bersangkut paut dengan sifat sebenar diri anda. Hahaha !

Rahsia Bulan Kelahiran Dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Bulan Januari

1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
2. Suka mendidik dan dididik
3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
4. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
5. Suka smart, kemas dan teratur
6. Bersifat sensitif
7. Berfikiran mendalam
8. Pandai mengambil hati orang lain
9. Pendiam kecuali telah dirangsang
10. Agak pemalu
11. Daya tumpuan yang sangat tinggi
12. Mudah mendisiplinkan diri sendiri
13. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
14. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
15. Cukup sayang pada kanak-kanak
16. Suka duduk rumah
17. Setia pada segala-galanya
18. Perlu belajar kemahiran sosial
19. sikap cemburu yang sangat tinggi

Bulan Februari

1. Berfikiran abstrak
2. Sukakan benda yang realiti dan abstrak
3. Bijak dan genius
4. Pesonaliti yang mudah berubah
5. Mudah menawan hati orang lain
6. Agak pendiam
7. Pemalu dan rendah diri
8. Jujur dan setia pada segalanya
9. Keras hati untuk mencapai matlamat
10. Tidak suka dikongkong
11. Mudah memberontak apabila dikongkong
12. Suka kegiatan yang lasak
13. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
14. Mudah mempamerkan marahnya
15. Tidak suka benda yang remeh-temeh
16. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
17. Sangat berani dan suka memberontak
18. Bercita-cita tinggi
19. Suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
20. Pemerhatian yang tajam
21. Suka hiburan dan sukan
22. Suka benda yg bersifat seni
23. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
24. Berkecenderungan pada benda tahyul
25. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
26. Belajar untuk mempamerkan emosi

Bulan Mac

1. Berpesonaliti menarik dan menawan
2. Mudah didampingi
3. Sangat pemalu dan pemendam rasa
4. Sangat baik secara semulajadi
5. Jujur
6. Pemurah
7. Mudah simpati
8. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan
9. Suka pada kedamaian
10. Sangat peka kepada orang lain
11. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
12. Tidak cepat marah
13. Sangat amanah
14. Tahu balas budi dan tahu kenang budi
15. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
16. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
17. Suka berangan-angan
18. Suka melancong
19. Sangat manja
20. Suka diberi perhatian yang sangat tinggi
21. Kelam kabut dalam memilih pasangan
22. Suka dengan hiasan rumahtangga
23. Punya bakat seni dalam bidang muzik
24. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
25. Terlalu moody

Bulan April

1. Sangat aktif dan dinamik
2. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
3. Sangat menarik dan pandai manjakan diri
4. Punya daya mental yang sangat kuat
5. Suka diberi perhatian
6. Sangat diplomatik (pandai memujuk)
7. Pandai menyelesaikan masalah orang
8. Sangat berani dan tiada perasaan takut
9. Suka adventure
10. Pengasih
11. Penyayang
12. Sopan santun dan pemurah
13. Emosi cepat terusik
14. Kecenderungan bersifat dendam
15. Agresif
16. Kelam kabut untuk membuat keputusan
17. Kuat daya ingatan
18. Gerak hati yang sangat kuat
19. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
20. Berpenyakit disekitar kepala dan dada
21. Sangat kuat cemburu dan terlalu cemburu

Bulan Mei

1. Keras hati dan degil
2. Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
3. Pemikiran yang tajam
4. Mudah marah apabila tidak dikawal
5. Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
6. Perasaan yang amat mendalam
7. Cantik dari segi mental dan fizikal
8. Tidak perlu dimotivasikan
9. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
10. Mudah dipujuk
11. Bersikap sistematik (otak kiri)
12. Suka berangan
13. Kuat daya firasat
14. Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
15. Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
16. Daya khayalan yang tinggi
17. Pemikiran yang tajam
18. Pandai berdebat
19. Fizikal yang baik
20. Kelemahan sistem pernafasan
21. Suka sastera, seni dan muzik
22. Suka melancong
23. Tidak berapa suka duduk dirumah
24. Tidak boleh duduk diam
25. Tidak punya ramai anak
26. Rajin dan bersemangat tinggi
27. Agak boros

Bulan Jun

1. Berfikiran jauh dan berwawasan
2. Mudah ditawan kerana sikap baik
3. Berperangai lemah lembut
4. Mudah berubah sikap
5. Perangai idea @moodidea yang terlalu banyak dikepala
6. Bersikap sensitif
7. Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
8. Sukar melakukan sesuatu dengan segera
9. Bersikap suka menangguh-nangguh
10. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
11. Cepat marah dan cepat sejuk
12. Suka bercakap dan berdebat
13. Suka buat lawak dan bergurau
14. Otaknya cerdas berangan-angan
15. Mudah berkawan dan pandai berkawan
16. Orang yang sangat tertib
17. Pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati
18. Mudah kena selsema
19. Suka berkemas
20. Cepat rasa bosan
21. Sikap terlalu memilih dan cerewet
22. Kurang mempamerkan perasaan
23. Lambat nak sembuh apabila terluka hati
24. Suka kepada barang yang berjenama
25. Mudah menjadi eksekutif
26. Kedegilan yang tidak terkawal
27. Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

Bulan Julai

1. Sangat seronok didampingi
2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
3. Agak pendiam kecuali diransang
4. Ada harga dan maruah diri
5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus
7. Sangat menjaga hati orang lain
8. Sangat peramah
9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
10. Berjiwa sentimental
11. Jarang berdendam
12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
13. Tidak suka benda remeh-temeh
14. Membimbing cara fizikal dan mental
15. Sangat peka
16. Caring dan mengasihi serta penyayang
17. Layanan yang serupa dengan semua orang
18. Tinggi daya simpati
19. Pemerhatian yang tajam
20. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah
21. Rajin belajar
22. Suka muhasabah diri
23. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
24. Suka mendiamkan diri
25. Suka duduk dirumah
26. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
27. Tak agresif kecuali terpaksa
28. Lemah dari segi kesihatan perut
29. Mudah gemuk
30. Minta disayangi
31. Mudah terluka hati tapi lambat pulih
32. Terlalu mengambil berat
33. Rajin dalam membuat kerja

Bulan Ogos

1. Suka berlawak
2. Mudah tertawan kepadanya
3. Sopan-santun dan caring terhadap orang lain
4. Berani dan tidak tahu takut
5. Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
6. Pandai pujuk orang lain
7. Terlalu pemurah dan bersikap ego
8. Nilai harga diri yang sangat tinggi
9. Dahagakan pujian
10. Semangat juang yang luar biasa
11. Cepat marah dan mudah mengamuk
12. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
13. Sangat cemburu
14. Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
15. Cepat berfikir
16. Fikiran yang berdikari
17. Suka memimpin dan dipimpin
18. Sifat suka berangan
19. Berbakat dalam seni lukis
20. Hiburan dan silat
21. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
22. Cepat ditimpa penyakit
23. Belajar untuk relax
24. Sikap kelam kabut
25. Romantik
26. Pengasih
27. Penyayang
28. Suka mencari kawan

Bulan September

1. Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
2. Sangat cermat, teliti dan teratur
3. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
4. Pendiam tapi pandai bercakap
5. Sikap sangat cool
6. Sangat baik dan mudah simpati
7. Sangat prihatin dan terperinci
8. Amanah, setia dan jujur
9. Kerja yang dilakukan sangat sempurna
10. Sangat sensitif yang tidak diketahui orang
11. Banyak berfikir
12. Daya pentaakulan yang baik
13. Otak bijak dan mudah belajar
14. Suka mencari maklumat
15. Kawal diri dari terlalu mengkritik
16. Pandai mendorong diri sendiri
17. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
18. Banyak simpan rahsia
19. Suka sukan, hiburan dan melancong
20. Kurang menunjukkan perasaannya
21. Terluka hatinya sangat lama disimpan
22. Terlalu memilih pasangan
23. Sukakan benda yang luas
24. Bersistematik

Bulan Oktober

1. Suka sembang
2. Suka orang yang sayang padanya
3. Suka ambil jalan tengah
4. Sangat menawan dan sopan santun
5. Kecantikan luar dan dalam
6. Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
7. Mudah rasa simpati
8. Baik
9. Pentingkan kawan
10. Sentiasa berkawan
11. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
12. Cepat marahPentingkan diri sendiri
13. Tidak menolong orang kecuali diminta
14. Suka melihat dari perspektifnya sendiri
15. Tidak suka terima pandangan orang lain
16. Emosi yang mudah terusik
17. Suka berangan dan pandai bercakap
18. Emosi yang kelam kabut
19. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
20. Suka melancong, bidang sastera dan seni
21. Pengasih, penyayang dan lemah lembut
22. Romantik dalam percintaan
23. Mudah terusik hati dan cemburu
24. Ambil berat tentang orang lainSuka kegiatan luar
25. Orang yang adil
26. Boros dan mudah dipengaruhi persekitaranMudah patah semangat

Bulan November

1. Banyak idea dalam perkara
2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnyaberfikiran kehadapan
3. Berfikiran unik dan bijak
4. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
5. Pemikiran yang tajam
6. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
7. Bagus untuk menjadi doktor
8. Cermat dan teliti
9. Personaliti dinamiksifat perahsia
10. Pandai mencungkil dan mencari rahsia
11. Banyak berfikir
12. Kurang bercakap tetapi mesra
13. Berani
14. Pemurah
15. Setia dan banyak kesabaran
16. Terlalu degil dan keras hati
17. Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
18. Tak suka marah kecuali digugat
19. Mudah ambil berat terhadap orang lain
20. Pandai muhasabah diri
21. Cara berfikir lain dari orang lain
22. Otak yang sangat tajam
23. Pandai mendorong diri sendiri
24. Tidak hargai pujian
25. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
26. Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
27. Badan yang tough
28. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
29. Romantik
30. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
31. Suka duduk dirumah
32. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
33. Amanah
34. Jujur
35. Setia
36. Pandai berahsia
37. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
38. Bercita-cita tinggi
39. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Bulan Disember

1. Sangat setia dan pemurah
2. Bersifat patriotik
3. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
4. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
5. Bercita-cita tinggi
6. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
7. Seronok didampingi
8. Suka bercampur dengan orang
9. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
10. Sangat jujur
11. Amanah dan bertolak ansur
12. Tidak pandai berpura-pura
13. Cepat marah
14. Perangai yg berubah-ubah
15. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
16. Benci pada kongkongan
17. Suka berlawak
18. Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Apa-apa pun ianya sekadar panduan sahaja tidak semestinya 100% benar dan 100% salah, cuba bandingkan hasil dapatan di atas dengan bulan kelahiran anda. Saya percaya ia mesti bersangkut paut juga dengan diri anda serba sedikit. Hehehe !!!

Amacam? Ada yang kena tak?

1,289 total views, 3 views today

Comments

comments

One Response

  1. Mshahrulnizam March 2, 2018

Leave a Reply