Permohonan IPG 2018

Permohonan IPG 2018.  Institu Perguruan Guru atau IPG adalah saluran untuk pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Maktab Perguruan sebelum dinaik taraf kepada Institut Perguruan Guru untuk melayakkan penututnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Prmohonan Ijazaha Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018 telah dibuka mulai 13 Mac 2018 sehingga 28 Mac 2018.

Program PISMP adalah bertujuan melahirkan guru-guru mengikut pengkhususan untuk Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia

Syarat Asas Permohonan IPG 2018

Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
  3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Syarat-syarat dan kelayakan khusus adalah seperti berikut:

  • BAHASA IBAN (SK) – BAHASA IBAN :C
  • BAHASA CINA (SK) – BAHASA CINA :A-
  • BAHASA INGGERIS (SK) – BAHASA INGGERIS :A
  • BAHASA KADAZAN DUSUN (SK) – BAHASA KADAZANDUSUN : C
  • BAHASA MELAYU (SK) -BAHASA MELAYU : A-
  • BAHASA TAMIL (SK) – BAHASA TAMIL : A-
  • MATEMATIK (SK) -MATEMATIK :A- , MATEMATIK TAMBAHAN :A-
  • SAINS (SK) – Mana-mana (2) matapelajaran berikut: FIZIK :A- , KIMIA :A-, BIOLOGI :A
  • PENDIDIKAN ISLAM (SK) – BAHASA ARAB :B , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH :A- , PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM :A-
  • PENDIDIKAN KHAS (SK) – MATEMATIK : A- , Mana-mana (1) matapelajaran berikut: FIZIK : A- , KIMIA : A- ,BIOLOGI : A- ,SAINS : A-
  • BAHASA CINA (SJKC) – BAHASA CINA :A-
  • BAHASA INGGERIS (SJKC) – BAHASA INGGERIS :A , BAHASA CINA : C
  • BAHASA MELAYU (SJKC) – BAHASA MELAYU : A- , BAHASA CINA : C
  • MATEMATIK (SJKC) – MATEMATIK : A-, MATEMATIK TAMBAHAN : A- , BAHASA CINA : C
  • SAINS (SJKC) – BAHASA CINA : C Mana-mana (2) matapelajaran berikut: KIMIA :A- , FIZIK : A- , BIOLOGI : A- ,
  • PENDIDIKAN ISLAM (SJKC) -BAHASA ARAB :B , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH : A- , PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM : A-
  • BAHASA INGGERIS (SJKT) – BAHASA INGGERIS : A , BAHASA TAMIL : C
  • BAHASA MELAYU (SJKT) – BAHASA MELAYU : A- , BAHASA TAMIL : C
  • BAHASA TAMIL (SJKT)– BAHASA TAMIL : A-
  • MATEMATIK (SJKT)– MATEMATIK : A- ,MATEMATIK TAMBAHAN : A-, BAHASA TAMIL : C
  • SAINS (SJKT)– BAHASA TAMIL : C, Mana-mana (2) matapelajaran berikut:KIMIA :A-, FIZIK : A- , BIOLOGI : A-
  • PENDIDIKAN ISLAM (SJKT) – BAHASA ARAB : B , PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH : A- PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM : A-

Cara Permohonan :

Sila Layari, Lama Web PISMP KPM

Hubungi  IPG :

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
(GPS:2.924902, 101.662765)

Tel:03-8312 6666
Faks:03-8312 6655

E-mel:admin.ipgm@ipgm.edu.my
Laman Web:http://ipgm.moe.edu.my

Semoga artikel ini membantu pelajar lepas SPM untuk membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan lebih mudah.

476 total views, 1 views today

Comments

comments

2 Comments

  1. Ikhwan March 20, 2018

Leave a Reply