Cara Simple Mockup Smartphone

Ini cara kalau kau nak letak gambar / screenshot tapi nak nampak lebih menarik. Macam gambar aku upload ni. Gaya iPhone atas meja.

Kalau ada screenshot testimoni produk, boleh juga guna. Lain dari yang lain. Bukan sekadar screenshot. Tak gitu?

Caranya, layari je laman web ni, http://magicmockups.com/.

Pastu, pilih la nak mockup jenis macamana. Nak iPhone. tablet ataupun laptop. Upload gambar / screenshot ikut saiz yang dia nak. Macam iPhone ni, dia nak saiz gambar berukuran 750 x 1334.

Kalau upload saiz berbeza, mungkin gambar tak berapa nak ngam la dengan mockup tu. Try je la. Pandai-pandai la edit gambar bagi nampak real. Aku tak pandai nak edit-edit ni.

Lepas upload, ada preview. Kalau rasa ok, terus je download. Itu sahaja. Magicmockup ni tiada copyright. Boleh digunakan untuk tujuan komersial. Guna tanpa rasa was-was.

Contoh yang saya cuba, saya hanya masukkan imej yang berformat .png

Startup Stock Photos

Banyak lagi mockup free yang lain. Ini salah satunya. Info ini berguna untuk orang lain? Dipersilakan share.

Sumber : Imzan Razin

1,078 total views, 1 views today

Comments

comments

Leave a Reply