in

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

Memiliki rumah ada impian setiap orang yang berkeluarga. Namun malang sekali harga rumah pada hari ini terlampau mahal. Pendapatan pulak tak banyak yang memungkinkan mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah sendiri adalah mustahil.

Kerajaan ada memperkenalkan inisiatif Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) yang di kelola oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu rakyat malaysia yang berpendapatan rendah dan ada tanah sendiri untuk memiliki rumah.

Syarat Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

1-Warganegara Malaysia

2-Berumur 18 hingga 65 tahun.

3-Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 hingga RM3,000 sebulan.

4-Pemohon atau pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.

5-Tapak atau tanah mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian ataupun sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah,pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

6-Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kaki persegi.

7-Tertakhluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

8-Hanya satu RMR1M sahaja yang boleh dibina untuk satu geran yang dicagarkan.

Bagi Semenanjung Malaysia (kecuali tanah di pulau), pemohon yang berumur lebih dari 43 tahun memerlukan pemohon kedua yang berusia dari 18 ke 43 tahun

Bagi Sabah, Sarawak dan kawasan Pulau pula,  pemohon yang berumur lebih dari 41 tahun memerlukan pemohon kedua yang berusia dari 18 ke 41 tahun

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

 

Sila KLIK link berwarna biru untuk ke Sistem Aplikasi Permohonan Secara Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

Permohonan secara offline pula boleh mendownload borang disini (Borang Permohonan Rumah Rakyat 1 Malaysia)

Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Semenanjung Malaysia

  • Mempunyai keluasan 1,000 kps dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas
  • Harga rumah adalah RM 65,000
  • Subsidi kerajaan adalah RM 20,000
  • Feadah pinjaman dari bank dengan subsidi kerajaan sebanyak 2%
  • Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada pihak bank

Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Sabah dan Sarawak

  • Mempunyai keluasan 700kps, 3 bilik dan 2 tandas
  • Harga rumah bermula dengan RM68,000 hingga ke RM 79,000
  • 1/3 pinjaman disubsidi Kerajaan
  • Baki dibayar balik tanpa feadah

Contoh Rumah Seperti Di Bawah

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) berharga hanya RM45K sahaja.

Harga – RM65K
Subsidi kerajaan – RM20K
Yang perlu dibayar – RM45K
Kalau buat loan 20 tahun – RM150 sahaja tiap bulan!

Hotline SPNB

Bagi mereka yang ingin menhubungi SPNB

Telefon: 1300-80-3838 , 03-2618 5555 / 03-2618 5556 , Emel:info@spnb.com.my

Alamat SPNB

Syarikat Perumahan Negara Berhad

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur

Info Lanjut Boleh Dapatkan Di Website Rasmi SPNB, http://www.spnbmesra.com.my/

2,081 total views, 0 views today

Written by Mr.Wafi

Seorang yang suka tengok bolasepak dan makan maggi belut tomyam. Suka menulis untuk berkongsi info di alam maya. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Adakah Telur Separuh Masak Berkhasiat?