Cara Jual Barang Di Shopee

Shopee Platform Shopping Online Terbaik

Trend membeli belah online zaman sekarang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk Malaysia. Ye la sapa tak nak dengan hanya browsing website, pilih apa barang yang hendak di beli dan setelkan pembayaran selepas itu hanya tunggu je barang sampai ke rumah.

Apa yang saya nak ceritakan hari ini adalah berkenaan platform membeli belah secara online di website Shoppe. Ianya satu platform yang sangat mudah untuk melakukan pembelian barang dan juga untuk menjual barang.

Shopee ni apa sebenarnya?

Buat anda yang belum pernah dengar atau pernah dengar tetapi masih tak berapa jelas mengenai shopee, boleh baca sampai habis. Shopee adalah sebuah “marketplace” yang direka khas untuk pembeli dan penjual yang ingin menikmati transaksi yang pantas, lancar dan selamat.

Dengan adanya pula app Shopee, anda boleh tukarkan apa sahaja menjadi duit. Mungkin ada sesetengah barang yang anda anggap langsung tidak bernilai buat anda tapi diluar sana terdapat begitu ramai orang yang sedang mencarinya dan sanggup untuk membayar anda bagi mendapatkan barang tersebut. Dengan shopee, semuanya boleh.

Ramai yang kata transaksi di Shopee ni sangat selamat, betul ke?

Well, kalau anda seorang pembeli dan pembayaran yang anda lakukan akan “dijaga” oleh Shopee dahulu sehingga anda menerima produk anda, cukup selamat tak? Kalau anda seorang penjual pula, anda hanya akan menerima tempahan sebaik sahaja pelanggan anda bayar, selamat kan? Ia sangat-sangat selamat dan risikonya sangat rendah berbanding dengan platform lain.

Barang-barang yang terdapat di Shopee dijual pada harga yang sangat murah sekaligus meningkatkan lagi popularitinya. Shopee juga sangat mementingkan kualiti produk yang dijual di platformnya. Jadi, tak kisah samada anda adalah pembeli atau penjual, anda boleh berasa yakin dengan Shopee.

Disebabkan oleh kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Shopee ini jugalah ramai yang telah berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka dan juga lebih setiap bulan. “Trust” oleh pembeli terhadap Shopee merupakan diantara salah satu faktor penting yang memudahkan ramai penjual yang mempunyai teknik dan strategi yang tepat dapat mengaut keuntungan menerusi platform ini. Apa yang lebih menarik adalah teknik dan strategi luarbiasa ini sangat mudah untuk dipelajari dan anda boleh mendapatkan akses pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Bayangkan jika anda dapat buat sales sehingga RM1000 setiap hari, apa perasaan anda?

Semuanya tidak lagi mustahil untuk anda menerusi Rahsia Shopee. Even newbie pun dah berjaya hasilkan pendapatan 4-5 angka setiap bulan, anda pun confirm-confirm boleh buat juga!

Cara Daftar Shopee Malaysia Menggunakan Telefon

1-Kena ada apps Shopee. Download terlebih dahulu.

2-Wajib kemaskini alamat dan account number bank anda terlebih dahulu.

3-Mohon “Free Shipping Program”. Untuk bayar shipping jika shopee sudah sediakan secara percuma.

4-Upload lah barang-barang jualan dan gunakan ayat-ayat menarik minat pembeli. Kalau boleh.. Letak # sebanyak mungkin utk tarik lebih pembeli. Timbang siap2 berat item nk jual,masukkan dlm product detail siap-siap.

Cara nak POS:

-Print waybill (consigment note)
-Gunting waybill jadi 4 helai, satu simpan
-Lagi 3 selit dalam pocket parcel
-Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
-Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
-DONE

Borang PL9 boleh ambik dkt pejabat pos. Setiap kali pos.. Tak perlu bayar apa-apa. Semua shopee dah uruskan. Sebab tu kene apply free shipping program.. Senangkan

Cara Masukkan Produk Ke Dalam Kedai Shopee Anda

1-Add New Product

2-Apply Free Shipping

a-

Shoppe Seller Centre

Ship order

Fungsi Boost Untuk Meningkatkan View

Bleh boost 5 item dlm setiap 4jam..percuma sahaja.

Untuk belajar lebih detail berkenaan Shopee, boleh dapatkan Ebook di bawah ya.

Beli Ebook Panduan Shoppe

 

Ok. Sekian sahaja sharing untuk kali ini. Shopee memangPlatform terbaik untuk online shopping!

54 total views, 4 views today

Comments

comments

Leave a Reply